Saturday 21 September 2013

A great adventure ever !


Assalamualaikum dan hai.

Adakah tertanya-tanya dengan foto di atas? Mestilah kan. Ok, sebenarnya sekolah SMK __ , telah menganjurkan satu lawatan ke Gua Musang, Kelantan (GMK). Lawatan ini dipanggil Kembara Kemerdekaan Sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Tiga kelab yang mencadangkan GMK dijadikan tempat untuk dilawati ialah Kelab Sejarah dan Geografi, my club Kelab Pelancongan dan Kelab Pencinta Alam Sekitar. Eh, betul ke aku nih? Haha. Hentam je. Perkara yang menarik tentang lawatan ini ialah pergi menaiki bas dan balik menaiki kereta api. Memang menarik. Suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Lawatan ni juga merupakan lawatan balik hari. So, masa agak singkat. Sebenarnya, takde seorang pelajar pun tahu yang cikgu nak bawak masuk ke GMK ni. Ok, aku nak cerita dari awal ni. Kami bertolak jam 8.35 pagi. Sebelum tu, semua pelajar kena ambil sarapan di kantin dan berkumpul di Anjung Budi untuk diambil kehadiran. Hanya peserta yang menyertainya sahaja. Pelajar yang lain berkumpul di Dataran Bestari sebab ada roll call. Pada waktu yang sama, lawatan untuk pelajar tingkatan tiga juga dianjurkan. Destinasi ke Kuala Terengganu. Tapi GMK lagi best. Hehe.

Masa beratur tu, cikgu agihkan jugak makanan dan minuman untuk tengah hari nanti. Dan ada budak tingkatan dua duk di belakang aku tetiba tegur. Tahu tak dia tanya pasal apa? Pasal tajuk sebelum ni. Dia tanya dia tu sekolah mana dan lain-lain. Tapi best jugak layan budak ni. Dari pagi sampailah waktu balik naik kereta api. Banyak jugak story dia dengan aku share. Ok kita sambung balik, sebelum naik bas, aku dengan Salina dah rancang awal-awal nak duk tengah-tengah. Tak depan dan belakang sangat sebab takut m*ntah. Heee. Dan aku dapat tempat duduk tu dan aku jugak duk tepi tingkap. Best. Lalu jugak depan sekolah dia, ehem, boleh tengok je lah. Hehe.

Perjalanan mengambil masa selama hampir 4 jam. Lama kan? Aku tak tidur sebab nak menikmati perjalanan tu. Sebelum tu, bas lelaki dan bas perempuan diasingkan. Nasib. Ada masa bas berhenti, peter suruh aku turun. Sebab nak hp. Ish, ada ke patut? Aku tak turun pun. Aku abaikan. Bila dah sampai GMK, bas berhenti di surau bandar lama. Entah, aku pun baru tahu GMK ni ada bandar baru dan bandar lama. Kami berhenti makan tengah hari dan solat jamak. Tapi aku tak nak makan nasi tu. Aku tanya, Pa'a, Fatin dan Salina, sedap ke? Diorang kata sedap. Tapi aku tak nak jugak. Pa'a paksa suruh makan. Then, Ustaz beritahu, lepas ni nak pergi mendaki. So, aku terpaksa makan sikit untuk lapik perut. Hmm. Masa duk makan, Epul datang bawak durian, aku ni dah la anti dengan bau durian, boleh pulak dia letak depan aku. Haih. Memang nak kena.

Then, kami pergi solat. Aku ada hampir nak termuntah sebab tertengok benda yang menggelikan. Ahh, seriously, nasib tak muntah. Eeee. Lepas siap solat, ada dua orang budak sekolah rendah tegur. Diorang duk dalam bas sekolah masa tu. Tetiba tegur, kakak! Kakak ni cantiklah. Eh? Pandai-pandai budak comel ni main angin. Ishishish. Aku dengan Salina senyum je sambil naik bas. Dah tu, ambil pulak gambar-gambar budak-budak tu. Aku senyum dengan tunjuk peace masa nak ambil gambar, diorang pun tiru. Then, Salina pun snap lah. Serious comel. Nak tengok tak? 

THIS !


Comelkan diorang? Hehe. Pandai je lambai tangan masa bas kami nak bertolak tu. Ada sorang lagi budak yang lambai tangan tapi tak sempat nak ambil gambar. Comel jugak budak tu. Bila dah bertolak, baru terfikir, kan bagus kalau ambil gambar sekali dengan budak-budak tu. Ok, dah rugi. Setelah 15 minit berlalu, tibalah jua kami di GMK. Ini betul-betul gua. Masa ni lah nak mendaki. So, semua orang bawak turun barang masing-masing dan letak di stesen kereta api lama. Abang-abang yang jadi tukang guide tu pun garang ok. Tapi tak lah tegas sangat. Kami beratur dan girls bergerak dulu masuk hutan. Sebelum tu, kawan dia, Epul tetiba tegur aku. Dia sebut nama Haris dah la kuat. Ok, aku pun tersipu malu lah konon. Haha.

Dah-dah, mari aku nak cerita pasal masuk hutan ni. Mula-mula, kami lalu kawasan penduduk orang asli kot. Rumah diorang kotak-kotak kecil je. Boleh bayangkan? Macam mana diorang boleh teruskan hidup duk dalam hutan tu? Aku excited gila lah masa tu. Yeay, masuk gua. Kau ingat masuk gua macam masuk KBM ke? Ada pintu auto. Haha. Tengok-tengok, kena mendaki kat batu-batu lincin dengan pokok-pokok besar. Kena bergantung jugak dengan tali dan akar pokok yang telah tersedia. Ok, aku masa tu, Ya Allah, kau selamatkanlah aku. Seriously, aku rasa tak boleh nak buat benda ni. Tapi, aku cabar jugak diri aku. Aku nak rasa pengalaman masuk gua. 

Ada satu part tu, kawan depan aku dia gayat nak naik dengan pegang tali. Aku nak marah pun ada tapi sabar je. Then, abang guide tu turun. Dia kena pegang abang tu sebab nak naik. Kalau tak, memang dia takleh naik. Bila tiba turn aku, Epul bising lah. Tiba-tiba geng laki buat bunyi "Haishhhhh", kuat jugak. Aku pun tengok bawah, Epul boleh suka. Aku faham. Dia ingat aku pegang jugak lah abang tu. Tapi tak pun. Aku lakukan semua dengan diri sendiri. Cehhh. Ok, part nak masuk gua, aku ingat pintu gua ni besar tapi... Sesempit selagi boleh. Huh, nasib ah badan kurus. Nak masuk pun kena hati-hati sebab terlalu gelap dan tak nampak batu-batu besar kat bahagian kaki. Girls semuanya ok sebab saling membantu antara satu sama lain. Dah sampai peringkat pertama. Berehat kejap. Dah tu, sambung balik. Part ni aku hampir nak jatuh sebab batu lincin sangat. Tapi aku pegang tali sekuat yang boleh dan bergantung dengan lutut. Dah sampai peringkat kedua, aku tengok kasut dengar seluar kotor gila sebab kena tanah terutamanya di kawasan lutut lah. Well, baru namanya mendaki kan? Hee. Berhenti lama jugak, sempat ambil gambar-gambar tapi guna kamera kawan. Rugi rasanya tak bawak kamera sendiri masa tu. Hmm. Takpe lah. Pada masa yang sama, abang guide tu cerita lah tentang gua tu dan tunjuk batu-batu yang berbentuk buaya, manusia dan banyak lagi. Sangat menarik!

Part seterusnya, takde dah mendaki tapi kena berjalan dalam kawasan yang sememangnya gelap. Tak boleh nampak apa-apa. Hanya bergantung dengan torch light kawan dan pegang tangan antara satu sama lain. Berjalan pun kena hati-hati sebab banyak kawasan tanah yang telah dibanjiri dengan air. Berhenti sebentar masa duk kawasan gelap tu then abang guide beritahu kawasan yang kitorang lalu ni merupakan bekas badan buaya gergasi pada masa lalu. Aku pun perasan jugak tanah ni bentuk tajam-tajam macam atas badan buaya. Satu lagi kawasan takleh lalu sebab dipenuhi dengan air tapi kawasan tu merupakan bekas badan ular gergasi. Abang tu kata benda ni memang wujud tapi hilang sebab orang zaman dulu pergi korbankan haiwan ni. 

Next, kami kena berdaki lagi tapi tak susah sangat yang kali ni sebab batu banyak. So, ada je tempat untuk kaki jijak. Dah tu, tibalah kami semua di kawasan perut gua, abang guide tu beritahu. Sebenarnya, girls nak naik lagi tapi kesuntukan masa. Kami semua berkumpul di kawasan perut gua tu. Abang guide ceritalah tentang gua tu dan seterusnya izinkan kami ambil gambar buat kenangan. Ok, tiba lah masa nak menuruni balik. Masa ni, aku dah rasa tak cukup tenaga. Setiap kali nak turun kat kawasan batu-batu, aku mesti macam nak menangis. Dah rasa tak boleh buat. Tapi dengan bantuan kawan-kawan, aku semangatkan diri. Masa nak turun kat batu lincin yang tadi aku jadi takut. Sebab masa nak naik aku hampir jatuh, masa nak turun, aku takut aku terus jatuh. Tapi dengan bantuan kawan dia, Epul, nasib aku boleh turun dengan ok je. Takde rasa lincin apa-apa. Selamat aku rasa. Jalan sikit lagi, lalu balik kat kawasan pintu gua sempit tu. Kat kawasan tu, tetiba aku rasa ada tersalah urat kat bahagian tapak kaki alik kanan. Serious sakit. Tapi aku tak layan sangat. Aku terus berjalan sampai masa nak turun kat kawasan pokok-pokok pulak. 

Takut jugak masa tu. Sebab aku betul-betul letih. Dah rasa nak pengsan. Tapi aku turun jugak dengan perlahan. Masa nak berjalan keluar dari hutan, tak boleh dah nak berjalan dengan keadaan berdiri sebab kaki dah tak dapat nak tahan. Kalau berjalan keadaan berdiri jugak, sah-sah menjunam laa. Then, Zairan suruh aku jalan itik. Aku pun terkejutlah, takkan nak jalan itik. Zairan beritahu, baik cepat kalau tak aku sendiri yang tertinggal kereta api nanti. Aku pun ikut je lah. Terpaksa dah. Lepas dah selamat keluar tu, cikgu suruh lari ambil beg then lari pergi stesen kereta api baru. Takde lah jauh sangat. Tapi oleh sebab aku dah takde tenaga. Aku buat tak tahu. Aku jalan je. Cikgu suruh tarik nafas tiga kali then minum air. Aku rasa ok kejap je. Masa berjalan tu, aku memang hampir jatuh tapi aku minum air nak bagi segar. Nak naik tangga pun rasa tak larat. Nasib ada budak form2 tolong aku. Tangga pun tinggi betul. Hish. Jalan punya jalan, tiba lah kat stesen kereta api. Cikgu suruh cepat masuk kereta api tapi aku buat tak tahu. Salina masuk dah. Aku anggap kereta api ni takkan tinggal aku walaupun masa tu kereta api dah buat bunyi. Aku tetap tak kisah sebab aku fikir ramai lagi budak lain belum sampai.

Bila dah tiba dalam kereta api, tempat duduk pulak jadi masalah. Err, ada pulak laki-laki yang sibuk cari kesempatan. Memang takde masa lah nak layan. Aku buat tak tahu. Setelah 1 jam duk dalam kereta api, mood dah pulih seperti sedia kala. Muka yang pucat pun dah kembali kepada asal. Tak sangka budak yang duk depan aku tu budak yang duk belakang aku masa beratur kat sekolah. Haha. Sambung balik lah story. Dia banyak tanya pasal aku dengan dia. Ishishish. Banyak jugak foto-foto yang diambil. Memang gila-gila lah aku pun. Perangai macam budak. Part paling best bila aku dapat makan biskut kapal terbang. Hehe. Aku main dengan biskut tu depan Salina, aku buat biskut macam terbang. Tak tahannya, siap buat bunyi mulut. Hee. Serious nakal sangat. Ada jugak kawan dia, Epul tu lalu then story pasal dia kat aku. Aku pelik, aku takde tanya pun. Dia siap beritahu, kawan baik dulu dan siap tunjuk tangan tu. Err. Ye lah. Tahu-tahu. Ada masa nak ambil gambar, kawan dia boleh ganggu pulak dari belakang. Bila masa dia lalu pun aku tak tahu. Then, ada masa aku nak marah kat Salina, dia boleh menyampuk. Aihhh, berani dah dia ni. Sebelum ni tak pernah tegur. Tetiba boleh tegur. 

Bila dah sampai Wakaf Baru, dia boleh panggil-panggil pulak nama "Ayih". Haha. Lawak kot. Aku terus berjalan dengan buat tak tahu. Akhirnya, tiba juga di sekolah. Huh, memang penat rasanya. Lapar, mengantuk, sakit badan, kaki, tangan, semuanya lah. Tapi berbaloi. Pengalaman ni tak boleh dicari di tempat lain. Lepas turun dari bas, Epul panggil nama aku. Nak bagitahunya __ kirim salam. Dia beritahu, Zana dengan Salina lah, dua-dua. Aku dengan Salina pun serentak jawab Waalaikumusalam. Then, aku, Salina, Fatin dan Pa'a pergi solat jamak kat musalla sekolah. Sebab kalau balik rumah dah tak boleh nak jamak dah. Selesai solat, kami balik. Yeayy. 

Moral daripada cerita ni, kami dapat mengeratkan hubungan silaturahim, dari tak pernah tegur dah boleh berkawan. Selain tu, saling berkerjasama antara satu sama lain bahkan boleh menimba ilmu tentang alam semula jadi. Dan belajar erti kesabaran serta erti persahabatan. Menarikkan? Sememangnya. Pepatah Melayu pernah berkata, "jauh berjalan, luas pandangan". Maksudnya, orang yang banyak mengembara tentu sekali banyak pengalaman. Baiklah, sampai sini sahaja. Bersiap pulak untuk menghadapi final exam pada 20 Oktober 2013. Bye !

  
#ThisIsUs