Monday 18 November 2013

Till we meet again !


Assalamualaikum and hello guys.

Finally. Let the games begin. Wink. Tak sabar tak sabar tak sabar! Pertama sekali, tak sabar nak boleh lesen motor. Insya Allah. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin. Kedua, perancangan nak join sekali konvo abah. Well done, Alhamdulillah. Dan yang akhir, nak story-mory laa. :)

Dua hari sebelum tamat persekolahan. Duduk dalam kelas dengan ketiadaan guru. Apa jadi kepada kelas? Disco? Nope. Sebab semua kelas tingkatan 4 bertentangan dengan Dewan Peperiksaan. Sigh. Bahayakan? Nak bising tak boleh. Terselit jugak rasa debaran dan gugup sebab dia pun sedang menghadapinya. Rasa kesian pun ada tengok pelajar-pelajar tingkatan 5. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab fikirkan SPM ni susah. Menentukan perjalanan diorang ke peringkat seterusnya. Dan last, berjayakah mereka untuk membina sebuah kehidupan? Insya Allah. Berbalik kepada diri sendiri. Muhasabah diri. Motivasi diri. Nota kepada diri sendiri. Ingat selalu.

Tahun depan aku pulak salah seorang merupakan mangsa SPM. Ok, tak nak fikirkan semua tu lagi. Yang penting, cuti ni enjoy sepuas-puasnya. Tahun depan tak boleh main-main dah. Selain tu, terukkk gila kot keputusan peperiksaan akhir tahun ni. Ya Allah. Seriously, subjek sains semua markah rendah. Subjek teras boleh tinggi pun macam takde pape. Disebabkan subjek sains yang jatuh menjunam. Tapi aku tetap bersyukur. Mungkin aku dah boleh tetapkan subjek teras untuk boleh A dan empat subjek sains lagi kena usaha lebih. 

Berbalik kepada cerita yang sepatutnya. Aku takut nak ambil lesen motor. Aaaa. Berlatih naik basikal dulu pun jatuh berkali-kali. Ni kan pulak motor, sama macam basikal ke? Omgee. Takut sangat. Tambah-tambah, nak kena tunggang atas jalan raya. Err, ada kereta, bas, lori dll. Tapi bila nak mula masuk bengkel pun tak tahu. Nasib la ada kawan nak join jugak. Salinaa. Sehati sejiwa. Penakut. Hekhek. 

Seterusnya, aktiviti yang selalu dibuat dalam kelas ialah bergambar dan buat video. Best sangat. Memang takleh lupa semua tu. Boleh pulak aku ambil video stail mr.bean. Haha. Dekat jauh dekat jauh. Dan video tu ada dalam kamera Nazihah. Teringin nak tengok lagi. Boleh simpan buat kenangan. Esok, hari terakhir persekolahan untuk sesi 2013, semua setuju nak buat jamuan akhir tahun. Sedap kek Syahira beli. Mihun Farhana pun sedap. Tapi mr potato tu terlalu pedas kot yang aku sendiri beli. Pedas sangat dan sedap. Ok, dah ada kek faham-faham la apa jadi kan? Permainan aising. Nasib sikit je kena. Bila ceritakan benda ni kat dia semalam, mesti dia fikir lain kot. Bukan main guna tangan pun.

Selesai sahaja jamuan, terus pergi beli air kat luar sekolah. Kepedasan masih terasa. Lepas tu, tunggu di pondok pengawal. Sambil menghabiskan masa sampai jam pukul 2 petang, kitorang bergambar lagi lah. Aku sempat buat video tapi tak lama sangat. Dalam 2 hingga 3 minit je. Berapa kali kot ulang tayang video tu kat rumah. Duk gelak sorang-sorang. Ishishish

Lepas tu, muat naik di Insta gambar-gambar tu. Bila ingat balik, memang memori yang sangat manis dan indah untuk diingati. Itu lah s a h a b a t . Tapi, dia tu pulak yang fikir benda lain. Memang salah aku pun. Bergambar macam orang single. Nampak serupa aku ni nak jugak. Hm. Aku pun tak tahu nak buat apa. Nak betulkan semula semua ni tak tahu macam mana. Tapi, eloklah lah kalau dia nak balas balik pun. Nak bagi aku rasa balik. Memang patut aku rasa. Terima je.

Okay. Sudah tiba di penghujungnya. Maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersilap bicara. Semoga kita manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya. Selamat bercuti ! :)

p/s: jauh di mata , dekat di hati . 

Saturday 21 September 2013

A great adventure ever !


Assalamualaikum dan hai.

Adakah tertanya-tanya dengan foto di atas? Mestilah kan. Ok, sebenarnya sekolah SMK __ , telah menganjurkan satu lawatan ke Gua Musang, Kelantan (GMK). Lawatan ini dipanggil Kembara Kemerdekaan Sempena Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Tiga kelab yang mencadangkan GMK dijadikan tempat untuk dilawati ialah Kelab Sejarah dan Geografi, my club Kelab Pelancongan dan Kelab Pencinta Alam Sekitar. Eh, betul ke aku nih? Haha. Hentam je. Perkara yang menarik tentang lawatan ini ialah pergi menaiki bas dan balik menaiki kereta api. Memang menarik. Suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Lawatan ni juga merupakan lawatan balik hari. So, masa agak singkat. Sebenarnya, takde seorang pelajar pun tahu yang cikgu nak bawak masuk ke GMK ni. Ok, aku nak cerita dari awal ni. Kami bertolak jam 8.35 pagi. Sebelum tu, semua pelajar kena ambil sarapan di kantin dan berkumpul di Anjung Budi untuk diambil kehadiran. Hanya peserta yang menyertainya sahaja. Pelajar yang lain berkumpul di Dataran Bestari sebab ada roll call. Pada waktu yang sama, lawatan untuk pelajar tingkatan tiga juga dianjurkan. Destinasi ke Kuala Terengganu. Tapi GMK lagi best. Hehe.

Masa beratur tu, cikgu agihkan jugak makanan dan minuman untuk tengah hari nanti. Dan ada budak tingkatan dua duk di belakang aku tetiba tegur. Tahu tak dia tanya pasal apa? Pasal tajuk sebelum ni. Dia tanya dia tu sekolah mana dan lain-lain. Tapi best jugak layan budak ni. Dari pagi sampailah waktu balik naik kereta api. Banyak jugak story dia dengan aku share. Ok kita sambung balik, sebelum naik bas, aku dengan Salina dah rancang awal-awal nak duk tengah-tengah. Tak depan dan belakang sangat sebab takut m*ntah. Heee. Dan aku dapat tempat duduk tu dan aku jugak duk tepi tingkap. Best. Lalu jugak depan sekolah dia, ehem, boleh tengok je lah. Hehe.

Perjalanan mengambil masa selama hampir 4 jam. Lama kan? Aku tak tidur sebab nak menikmati perjalanan tu. Sebelum tu, bas lelaki dan bas perempuan diasingkan. Nasib. Ada masa bas berhenti, peter suruh aku turun. Sebab nak hp. Ish, ada ke patut? Aku tak turun pun. Aku abaikan. Bila dah sampai GMK, bas berhenti di surau bandar lama. Entah, aku pun baru tahu GMK ni ada bandar baru dan bandar lama. Kami berhenti makan tengah hari dan solat jamak. Tapi aku tak nak makan nasi tu. Aku tanya, Pa'a, Fatin dan Salina, sedap ke? Diorang kata sedap. Tapi aku tak nak jugak. Pa'a paksa suruh makan. Then, Ustaz beritahu, lepas ni nak pergi mendaki. So, aku terpaksa makan sikit untuk lapik perut. Hmm. Masa duk makan, Epul datang bawak durian, aku ni dah la anti dengan bau durian, boleh pulak dia letak depan aku. Haih. Memang nak kena.

Then, kami pergi solat. Aku ada hampir nak termuntah sebab tertengok benda yang menggelikan. Ahh, seriously, nasib tak muntah. Eeee. Lepas siap solat, ada dua orang budak sekolah rendah tegur. Diorang duk dalam bas sekolah masa tu. Tetiba tegur, kakak! Kakak ni cantiklah. Eh? Pandai-pandai budak comel ni main angin. Ishishish. Aku dengan Salina senyum je sambil naik bas. Dah tu, ambil pulak gambar-gambar budak-budak tu. Aku senyum dengan tunjuk peace masa nak ambil gambar, diorang pun tiru. Then, Salina pun snap lah. Serious comel. Nak tengok tak? 

THIS !


Comelkan diorang? Hehe. Pandai je lambai tangan masa bas kami nak bertolak tu. Ada sorang lagi budak yang lambai tangan tapi tak sempat nak ambil gambar. Comel jugak budak tu. Bila dah bertolak, baru terfikir, kan bagus kalau ambil gambar sekali dengan budak-budak tu. Ok, dah rugi. Setelah 15 minit berlalu, tibalah jua kami di GMK. Ini betul-betul gua. Masa ni lah nak mendaki. So, semua orang bawak turun barang masing-masing dan letak di stesen kereta api lama. Abang-abang yang jadi tukang guide tu pun garang ok. Tapi tak lah tegas sangat. Kami beratur dan girls bergerak dulu masuk hutan. Sebelum tu, kawan dia, Epul tetiba tegur aku. Dia sebut nama Haris dah la kuat. Ok, aku pun tersipu malu lah konon. Haha.

Dah-dah, mari aku nak cerita pasal masuk hutan ni. Mula-mula, kami lalu kawasan penduduk orang asli kot. Rumah diorang kotak-kotak kecil je. Boleh bayangkan? Macam mana diorang boleh teruskan hidup duk dalam hutan tu? Aku excited gila lah masa tu. Yeay, masuk gua. Kau ingat masuk gua macam masuk KBM ke? Ada pintu auto. Haha. Tengok-tengok, kena mendaki kat batu-batu lincin dengan pokok-pokok besar. Kena bergantung jugak dengan tali dan akar pokok yang telah tersedia. Ok, aku masa tu, Ya Allah, kau selamatkanlah aku. Seriously, aku rasa tak boleh nak buat benda ni. Tapi, aku cabar jugak diri aku. Aku nak rasa pengalaman masuk gua. 

Ada satu part tu, kawan depan aku dia gayat nak naik dengan pegang tali. Aku nak marah pun ada tapi sabar je. Then, abang guide tu turun. Dia kena pegang abang tu sebab nak naik. Kalau tak, memang dia takleh naik. Bila tiba turn aku, Epul bising lah. Tiba-tiba geng laki buat bunyi "Haishhhhh", kuat jugak. Aku pun tengok bawah, Epul boleh suka. Aku faham. Dia ingat aku pegang jugak lah abang tu. Tapi tak pun. Aku lakukan semua dengan diri sendiri. Cehhh. Ok, part nak masuk gua, aku ingat pintu gua ni besar tapi... Sesempit selagi boleh. Huh, nasib ah badan kurus. Nak masuk pun kena hati-hati sebab terlalu gelap dan tak nampak batu-batu besar kat bahagian kaki. Girls semuanya ok sebab saling membantu antara satu sama lain. Dah sampai peringkat pertama. Berehat kejap. Dah tu, sambung balik. Part ni aku hampir nak jatuh sebab batu lincin sangat. Tapi aku pegang tali sekuat yang boleh dan bergantung dengan lutut. Dah sampai peringkat kedua, aku tengok kasut dengar seluar kotor gila sebab kena tanah terutamanya di kawasan lutut lah. Well, baru namanya mendaki kan? Hee. Berhenti lama jugak, sempat ambil gambar-gambar tapi guna kamera kawan. Rugi rasanya tak bawak kamera sendiri masa tu. Hmm. Takpe lah. Pada masa yang sama, abang guide tu cerita lah tentang gua tu dan tunjuk batu-batu yang berbentuk buaya, manusia dan banyak lagi. Sangat menarik!

Part seterusnya, takde dah mendaki tapi kena berjalan dalam kawasan yang sememangnya gelap. Tak boleh nampak apa-apa. Hanya bergantung dengan torch light kawan dan pegang tangan antara satu sama lain. Berjalan pun kena hati-hati sebab banyak kawasan tanah yang telah dibanjiri dengan air. Berhenti sebentar masa duk kawasan gelap tu then abang guide beritahu kawasan yang kitorang lalu ni merupakan bekas badan buaya gergasi pada masa lalu. Aku pun perasan jugak tanah ni bentuk tajam-tajam macam atas badan buaya. Satu lagi kawasan takleh lalu sebab dipenuhi dengan air tapi kawasan tu merupakan bekas badan ular gergasi. Abang tu kata benda ni memang wujud tapi hilang sebab orang zaman dulu pergi korbankan haiwan ni. 

Next, kami kena berdaki lagi tapi tak susah sangat yang kali ni sebab batu banyak. So, ada je tempat untuk kaki jijak. Dah tu, tibalah kami semua di kawasan perut gua, abang guide tu beritahu. Sebenarnya, girls nak naik lagi tapi kesuntukan masa. Kami semua berkumpul di kawasan perut gua tu. Abang guide ceritalah tentang gua tu dan seterusnya izinkan kami ambil gambar buat kenangan. Ok, tiba lah masa nak menuruni balik. Masa ni, aku dah rasa tak cukup tenaga. Setiap kali nak turun kat kawasan batu-batu, aku mesti macam nak menangis. Dah rasa tak boleh buat. Tapi dengan bantuan kawan-kawan, aku semangatkan diri. Masa nak turun kat batu lincin yang tadi aku jadi takut. Sebab masa nak naik aku hampir jatuh, masa nak turun, aku takut aku terus jatuh. Tapi dengan bantuan kawan dia, Epul, nasib aku boleh turun dengan ok je. Takde rasa lincin apa-apa. Selamat aku rasa. Jalan sikit lagi, lalu balik kat kawasan pintu gua sempit tu. Kat kawasan tu, tetiba aku rasa ada tersalah urat kat bahagian tapak kaki alik kanan. Serious sakit. Tapi aku tak layan sangat. Aku terus berjalan sampai masa nak turun kat kawasan pokok-pokok pulak. 

Takut jugak masa tu. Sebab aku betul-betul letih. Dah rasa nak pengsan. Tapi aku turun jugak dengan perlahan. Masa nak berjalan keluar dari hutan, tak boleh dah nak berjalan dengan keadaan berdiri sebab kaki dah tak dapat nak tahan. Kalau berjalan keadaan berdiri jugak, sah-sah menjunam laa. Then, Zairan suruh aku jalan itik. Aku pun terkejutlah, takkan nak jalan itik. Zairan beritahu, baik cepat kalau tak aku sendiri yang tertinggal kereta api nanti. Aku pun ikut je lah. Terpaksa dah. Lepas dah selamat keluar tu, cikgu suruh lari ambil beg then lari pergi stesen kereta api baru. Takde lah jauh sangat. Tapi oleh sebab aku dah takde tenaga. Aku buat tak tahu. Aku jalan je. Cikgu suruh tarik nafas tiga kali then minum air. Aku rasa ok kejap je. Masa berjalan tu, aku memang hampir jatuh tapi aku minum air nak bagi segar. Nak naik tangga pun rasa tak larat. Nasib ada budak form2 tolong aku. Tangga pun tinggi betul. Hish. Jalan punya jalan, tiba lah kat stesen kereta api. Cikgu suruh cepat masuk kereta api tapi aku buat tak tahu. Salina masuk dah. Aku anggap kereta api ni takkan tinggal aku walaupun masa tu kereta api dah buat bunyi. Aku tetap tak kisah sebab aku fikir ramai lagi budak lain belum sampai.

Bila dah tiba dalam kereta api, tempat duduk pulak jadi masalah. Err, ada pulak laki-laki yang sibuk cari kesempatan. Memang takde masa lah nak layan. Aku buat tak tahu. Setelah 1 jam duk dalam kereta api, mood dah pulih seperti sedia kala. Muka yang pucat pun dah kembali kepada asal. Tak sangka budak yang duk depan aku tu budak yang duk belakang aku masa beratur kat sekolah. Haha. Sambung balik lah story. Dia banyak tanya pasal aku dengan dia. Ishishish. Banyak jugak foto-foto yang diambil. Memang gila-gila lah aku pun. Perangai macam budak. Part paling best bila aku dapat makan biskut kapal terbang. Hehe. Aku main dengan biskut tu depan Salina, aku buat biskut macam terbang. Tak tahannya, siap buat bunyi mulut. Hee. Serious nakal sangat. Ada jugak kawan dia, Epul tu lalu then story pasal dia kat aku. Aku pelik, aku takde tanya pun. Dia siap beritahu, kawan baik dulu dan siap tunjuk tangan tu. Err. Ye lah. Tahu-tahu. Ada masa nak ambil gambar, kawan dia boleh ganggu pulak dari belakang. Bila masa dia lalu pun aku tak tahu. Then, ada masa aku nak marah kat Salina, dia boleh menyampuk. Aihhh, berani dah dia ni. Sebelum ni tak pernah tegur. Tetiba boleh tegur. 

Bila dah sampai Wakaf Baru, dia boleh panggil-panggil pulak nama "Ayih". Haha. Lawak kot. Aku terus berjalan dengan buat tak tahu. Akhirnya, tiba juga di sekolah. Huh, memang penat rasanya. Lapar, mengantuk, sakit badan, kaki, tangan, semuanya lah. Tapi berbaloi. Pengalaman ni tak boleh dicari di tempat lain. Lepas turun dari bas, Epul panggil nama aku. Nak bagitahunya __ kirim salam. Dia beritahu, Zana dengan Salina lah, dua-dua. Aku dengan Salina pun serentak jawab Waalaikumusalam. Then, aku, Salina, Fatin dan Pa'a pergi solat jamak kat musalla sekolah. Sebab kalau balik rumah dah tak boleh nak jamak dah. Selesai solat, kami balik. Yeayy. 

Moral daripada cerita ni, kami dapat mengeratkan hubungan silaturahim, dari tak pernah tegur dah boleh berkawan. Selain tu, saling berkerjasama antara satu sama lain bahkan boleh menimba ilmu tentang alam semula jadi. Dan belajar erti kesabaran serta erti persahabatan. Menarikkan? Sememangnya. Pepatah Melayu pernah berkata, "jauh berjalan, luas pandangan". Maksudnya, orang yang banyak mengembara tentu sekali banyak pengalaman. Baiklah, sampai sini sahaja. Bersiap pulak untuk menghadapi final exam pada 20 Oktober 2013. Bye !

  
#ThisIsUs

Friday 2 August 2013

Ramadhan


Assalamualaikum and good morning world.

Alhamdulillah. Pada pagi yang ceria ini, masih lagi diberikan nyawa untuk bernafas olehNya. Lebaran Syawal hampir menjelang tiba. Ramadhan Al Mubarak juga semakin hari semakin meninggalkan kita. Yang penting, perubahan dalam diri sendiri telah dirasai. :)

Bertarikhkan 01|08|2013, sekolah telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran dan Pemberian Zakat. So, rugi lah kalau tak take part dalam aktiviti yang berfaedah macam ni kan? Pahala pun berlipat ganda terutama di bulan yang mulia ni. Awal 1 Ramadhan lagi, telah bermula tadarus al-Quran di sekolah. Dan semalam ialah penutupnya. Sebagai penghargaan, dapatlah sejadah baharu. Cantik warnanya. Ustazah pun ada bagi pulut kuning. Yumm.

Seriously, malu semalu malunya pakai baju kurung semalam. Lain dari yang lain. Tak lupa, awal pagi tu semua pelajar dan guru dikehendaki lakukan solat sunat tasbih. Solat sunat tasbih ni bunyi macam susah tapi senang je. Dan, solat sunat tasbih ni solat sunat yang dituntut dalam Islam. Itu yang penting. Then, baru lah aktiviti di dewan dimulakan. Agak malu masa mula-mula nak naik atas stage tu. Sebab lama dah tak naik. Hee. Dulu selalu jugak naik sekarang kurang. Entah kenapa. Tak aktif seperti dulu lagi. 

At last, cikgu bagi balik awal. Jam 12.30 tengah hari tak silap. Sebelum balik, ada pulak sesi bersalaman dengan cikgu-cikgu ni. Ok, aku pulak sempat lagi mintak duit raya dengan cikgu-cikgu kelas aku. Paling penting, minta maaf zahir dan batin. Hee. Sesudah keluar dewan, terfikir pulak nak bergambar dengan cikgu Syah. Cikgu ganti untuk subjek math. Dia ajar kelas kitorang dalam seminggu, dah boleh masuk 2 atau 3 bab sekaligus. Hebatkan? Haha. Yang aku tak faham bab kebarangkalian. Perlu ke ada bab ni? Pelik. 

Dukacitanya, aku tak bawak kamera sendiri. Oh, rugi. Hp punya hudoh. Scene tak cantik. So, tak guna lah. Guna hp cikgu dan kamera kawan. Tuptuptup, dah pukul 2 petang. Masa tu baru nak balik. Eh, ada benda tertinggal. Sebelum bergambar, Along ada tegur dan ucap Selamat Hari Raya. Aku pun, eh eh. Selamat Hari Raya jugak. Haha. Terkejut kot tetiba dia lalu masa tu. Dah tu, senyum je lah. 

Apa-apa pun, semalam hari yang amat bahagia. First, sebab utama ialah semalam merupakan last day sekolah sebelum cuti dua minggu. Second, sebab tak belajar. Ok. That's all. Haha. Thank you for reading. :)

p/s: seven days left. :(:

Hee ;)

Monday 1 April 2013

Kau Pergi


Assalamualaikum dan hai.

Semua orang yang hidup di atas dunia ini PASTI akan merasai kematian kelak. Dan, pada bila-bila sahaja ia akan terjadi tanpa mengira usia dan perbuatan yang sedang dilakukan. "Jadilah, maka jadilah ia."

Sepatutnya kita semua mestilah bersiap sedia untuk hadapi kematian. Mulai pada saat ini. Tetapi, nafsu manusia amat besar. Agak sukar untuk kita menjadi seseorang yang betul-betul beriman. Oleh itu, dengan ada pengetahuan tentang agama serta beribadat pasti terlahirlah seseorang yang baik dan taqwa. Harta di dunia juga tidak akan dibawa masuk bersama. Hanya amalan-amalan sahaja yang akan dibawa. 

Berharap dengan mukadimah ini dapat menyedarkan diri anda sedikit sebanyak. 

Pertama sekali, saya mohon anda sedekahkan surah Al-Fatihah kepada guru saya yang telah kembali ke rahmatullah. Saya amat menghargainya.

Tepat pukul 7.30 pagi, aku telah tiba di sekolah. Aku berjalan ke tapak Dataran Bestari dengan hati yang tenang. Setelah itu, guru kanan aku menyampaikan berita yang amat mendukacitakan bagi aku. Di sekolah aku, ada dua orang cikgu bernama Khatijah. Aku pun mula keliru. Cikgu mana satu yang meninggal? Dan, aku pun menoleh ke arah guru-guru perempuan. Cikgu yang amat rapat dan baik dengan aku serta yang melatih aku untuk berpidato tidak kelihatan.

Then, kawan aku di belakang panggil. Dia cakap, cikgu yang melatih aku berpidato meninggal. Reaksi aku masa tuh macam tak percaya. Aku biarkan. Then, aku tanya kawan aku kat depan aku. Dia juga beritahu perkara yang sama. Ya Allah, aku memang tak boleh terima cikgu tu pergi.

Jadi, kami warga sekolah sedekahkan Yasin kepadanya. Aku memang sedih waktu baca Yasin. Ada masa, bunyi suara dan ada masa, tak bunyi suara. Sebab aku tahan menangis. Sampaikan ustaz aku yang membimbing bacaan Yasin turut sedih. 

Jam 8.20 pagi, pelajar-pelajar diminta naik ke kelas dan senyap. Oleh sebab ramai guru pergi menziarahi keluarganya. Masa aku naik tangga, aku senyap je. Tak cakap satu patah perkataan. Waktu berjalan menuju ke kelas, aku senyap jugak. Then, kena tunggu orang buka pintu kelas yang terkunci. Ada kawan aku tegur nak cakap sesuatu, dia pun tengok aku. Dia pun tanya kenapa aku nampak sedih. Bukan nampak sedih, memang sedih pun. Tapi, aku senyap jugak.

Seterusnya, aku minta tisu dengan kawan aku. Aku duduk senyap. Fikirkan cikgu aku. Tiba-tiba, kawan aku yang seorang lagi masuk, dia pun cakap punya cakap dan beritahu cikgu tu ada penyakit saraf. Waktu tu lah, aku takleh nak kata apa-apa pun. Aku terus tutup muka aku dan nangisss. Kawan-kawan aku yang lain pun pujuk dan suruh bersabar. Sebab cikgu tu lah yang rapat dan baik dengan aku. Kawan aku yang nih pulak, mari duk tepi aku. Dia tak tahu apa-apa pun kenapa aku tutup muka. First, dia ingat nak bergurau, tapi kawan-kawan aku beritahu aku duk menangis.

Then, dia pun pujuk jugak aku. Dia beritahu, dia percaya yang aku boleh buat pidato nanti. Jangan menangis. Aku pun terus bangun dan keluar dari kelas tanpa berkata walaupun sepatah. Aku pergi basuh muka. Then, table-mate aku datang tengok aku. Aku pun beritahu, aku okay. *dalam kelas* Kawan aku yang pujuk aku tadi, duk sebelah aku. Dia pelawa aku makan muffin yang kawan aku punya. Aku malas nak layan, pastu dia pelawa jugak, aku pun ambil lah. Finally, dah boleh tenangkan diri.

Dia lah seorang guru yang prihatin, baik dan bersabar. Tutur katanya amatlah manis. Hari Sabtu baru ni, aku dipanggil untuk pergi sekolah untuk latih pidato. Dia beritahu, esok (Ahad) saya nak jumpa awak masa balik sekolah. Hari Isnin dan Selasa saya tak ada. Aku tak tanya pulak pergi mana. Kelmarin, waktu balik aku tengok pintu biliknya terkunci. So, aku tak pergi jumpa. Dan, realitinya pada hari ini, dia pergi untuk selamanya. Bagi aku, dia cakap macam tuh, dah berikan tanda-tanda untuk aku yang dia akan pergi. 

Aku hanya mampu berdoa agar roh nya berada di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sampai sini sahaja. Sekian. Terima kasih kerana membaca. :)